Friday, February 11, 2011

PERJANJIAN AL-AQABAH KEDUA (BAI'AH)


PERJANJIAN AL-’AQABAH KEDUA

Pada musim haji tahun ketiga belas kebangkitan Baginda, bersamaan Jun 622 Masihi, telah datang ke Makkah rombongan seramai tujuh puluh orang lebih, kaum muslimin penduduk Yathrib bersama-sama kumpulan haji musyrikin dalam program penunaian rukun haji. Kendatipun kaum muslimin yang sedang dalam perjalanan mereka itu, tetap tertanya-tanya sampai bila agaknya mereka akan membiarkan Rasulullah di Makkah menjadi buruan kafir Quraisy dan diugut keselamatannya.
Sebaik sahaja mereka tiba di Makkah, mereka telah membuat beberapa pertemuan sulit dengan Rasulullah, berakhir dengan persetujuan kedua belah pihak untuk mereka bertemu lagi di pertengahan hari-hari tasyriq, di persimpangan berhampiran al-’Aqabah di mana upacara Jamrah pertama dilakukan di sana. Pertemuan itu juga di dalam suasana rahsia di tengah malah gelap gelita.
Di sini kita beri kesempatan kepada salah seorang pemimpin Ansar untuk memberi laporan mengenai pertemuan yang bersejarah lagi barakah itu, yang telah merubah perjalanan masa dalam detik pertembungan di antara Islam dan penyembahan berhala, Kaab bin Malik al-Ansari (r.a) telah menceritakan begini:
Kami telah keluar ke tempat haji, sebelumnya telah pun kami membuat janji dengan Rasulullah untuk bertemu di al-’Aqabah di pertengahan hari-hari tasyriq, malam yang kami janjikan itu telah turut serta ialah Abdullah bin Amru bin Hiram salah seorang ketua pimpinan kami dan orang yang kami muliakan, perjumpaan kami itu sengaja kami rahsiakan dari kaum sebangsa kami yang masih musyrik lagi, yang turun bersama untuk mengerja haji. Di malam itu kami telah berbicara dengan Abdullah bin Amru, kata kami: Wahai Abu Jabir tuan adalah salah seorang pemimpin kami dan tokoh yang kami muliakan, sebenarnya kami tidak rela engkau dicampakkan ke dalam api neraka sebagai bahannya di suatu hari esok, dengan itu kami menyeru kepada Islam, seterusnya kami ceritakan tentang pertemuan kami dengan Rasulullah di al-’Aqabah. Kata Kaab: Tanpa berlengah, beliau mengucap dua kalimah syahadah, dan beliau turut serta dipertemuan al-’Aqabah, di mana beliau menjadi naqib dan ketua.
Kata Kaab: Di malam itu kami segera tidur bersama-sama kaum kami di samping peralatan perjalanan, hatta apabila berlalu sepertiga malam, kami pun keluar dari perkarangan khemah untuk menemui Rasulullah, kami keluar bersembunyi bak burung puyuh melalui denainya, hinggalah kami semua bertemu dan berkumpul di persimpangan al-’Aqabah, kami semua tujuh puluh tiga lelaki dan dua wanita iaitu Nusaibah binti Kaab yang dikenali sebagai Ummu ‘Ammarah dari qabilah Bani Mazin bin al-Najar yang kedua ialah Asma’ binti Amru dikenali sebagai Ummu Mani’ dari qabilah Bani Salamah.
Kami semua berkumpul di persimpangan yang dijanjikan, menunggu ketibaan Rasulullah, tepat pada masanya, Rasulullah pun datang, turut serta mengiringi Rasulullah ialah al-Abbas bin Abd al-Muttalib, beliau masih lagi dengan agama kaumnya, namun beliau rela menyertai dan menyokong urusan anak saudaranya itu dan beliau pula orang pertama bercakap di dalam majlis itu.
PERBINCANGAN AWAL DAN PENJELASAN TANGGUNGJAWAB YANG AMAT PE NTING OLEHAL-ABBAS ‘
Setelah bilangan mereka untuk menghadiri perjumpaan itu genap, maka perbincangan pun dimulakan buat mempersetujui perjanjian agama dan ketenteraan, orang pertama yang bercakap di dalam majlis itu ialah al-Abbas bin Abd al-Muttalib bapa saudara Rasulullah, dalam ucapan itu beliau menjelaskan peri beratnya bebanan tanggungjawab yang hams mereka pikul nanti, sebaik sahaja perjanjian itu dipersetujui dengan katanya: “Wahai kalian al-Khazraj, sebenarnya sepertimana yang kamu ketahui, Muhammad ini adalah darah daging kami, hingga kini kami masih mempertahankannya dari kemarahan kaum kami, hingga kini beliau masih tetap kesayangan kami dan terpelihara di dalam tanah airnya, tetapi beliau ini tetap berkeras untuk menyertai kamu dan bersama kamu, kiranya kamu yakin dapat mengotakan janji kamu itu dan sanggup pula memberi keamanan kepadanya maka itu adalah hak kamu untuk mengambil Muhammad bersama-sama kamu, tetapi sekiranya kamu merasakan tidak berkesanggupan atau akan membiarkan beliau keseorangan maka lebih baik dari sekarang lagi kamu tinggalkannya, kerana di sini beliau masih mulia dan dijaga oleh kalangan kaumnya.”
Jawab Kaab: Kami menegaskan kepada al-Abbas: “Kami faham satu persatu apa yang tuan bicarakan itu, sekarang kami hendak dengar dari Rasulullah, ayuh Rasulullah sebutkan apa sahaja kewajipan kami untuk dirinya (s.a.w) dan untuk Tuhannya sekehendak hati Rasulullah (s.a.w). Jawapan yang beliau berikan itu menggambarkan keazaman yang memuncak, keyakinan, keberanian, keimanan dan keikhlasan yang bersifat infiniti di dalam rangka menanggung beban tanggungjawab yang amat agung itu, di samping mereka sudah menyangka dan mengukur akibat kesanggupan mereka itu. Dengan itu Rasulullah membentangkan agenda Baiah dan dipersetujui oleh pihak al-Ansar:
Agenda Baiah:
Imam Ahmad telah meriwayatkan dari Jabir secara terurai, kata Jabir, “Wahai Rasulullah, di atas apakah yang akan kami berbaiah dengan tuan hamba?” Jawab Rasulullah, kamu berbaiah untuk:
1. Mendengar dan mematuhi dalam keadaan segar dan malas.
2. Berinfaq semasa susah dan senang.
3. Menyuruh kepada ma’ruf dan mencegah kemungkaran.
4. Berjuang kerana Allah tanpa mempedulikan kecaman orang.
5. Menyokong daku setibanya daku di kalangan kamu nanti, mempertahankan daku seperti mana kamu pertahankan diri dan anak isteri kamu, sebagai balasan adalah syurga Allah di akhirat nanti.
Tetapi riwayat Kaab yang dibawa oleh Ibnu Ishak pula, mengatakan bahawa agenda yang terakhir sahaja yang merupakan agenda baiah, di dalam perjanjian itu, berdasarkan kepada sabda Rasulullah: Kata Kaab: Maka berucaplah Rasulullah (s.a.w) dengan membaca ayat-ayat al-Quran di samping menyeru ke jalan Allah dan menggalakkan mereka kepada Islam, sabdanya: “Aku menuntutkan baiah dari kamu supaya kamu mempertahankan daku seperti mana kamu mempertahankan isteri-isteri dan anak-anak kamu”, maka al-Bara’ bin Ma’ rur memegang tangan Rasulullah dengan berkata: Ya, demi yang mengutuskan dikau dengan kebenaran sebagai nabi, akan kami pertahankan tuan hamba seperti mana kami mempertahankan wanita-wanita kami, dengan itu kami berbaiahlah dengan kamu wahai Rasulullah, demi Allah kami ini adalah keturunan peperangan dan anggota halaqat, ciri ini kami warisi sejak turun temurun”.
Diketika al-Bara’ sedang berbicara dengan Rasulullah, tiba-tiba Abu al-Haitham mencelah dengan katanya: “Wahai Rasulullah, sebenarnya kami ini ada ikatan dengan kaum Yahudi, bagaimana sekiranya kami putuskan kemudian Allah takdirkan tuan hamba berjaya dalam perjuangan, apakah tuan hamba akan kembali ke pangkuan kaum dan meninggalkan kami.” Jawab Rasulullah diiringi dengan senyum, “Darah dengan darah, roboh sama roboh, daku adalah dari kamu dan kamu adalah dariku, ku memerangi sesiapa yang kamu perangi dan aku berdamai dengan sesiapa yang kamu berdamai.”
MEMASTIKAN BEBAN TANGGUNGJAWAB BAIAH
Setelah selesai perbincangan di sekitar syarat-syarat baiah dan mereka semua bersetuju untuk memulakan pemeteraiannya, maka bangun seorang demi seorang dari dua orang tokoh utama yang telah memeluk Islam di dalam dua musim haji lalu tahun kesembilan dan kedua belas, untuk menyuarakan betapa beban tanggungjawab yang bakal mereka pikul nanti, dan supaya mereka semua apabila berbaiah nanti, ertinya mereka berbaiah dalam keadaan yang jelas dan menjiwai tanggungjawab baiah yang mereka berikan itu dan supaya mereka mengetahui sejauh mana persiapan yang harus mereka lakukan untuk memberi sumbangan dan pengorbanan kepadanya.
Kata Ibnu Ishak: Setelah mereka berkumpul untuk baiah maka berkata al-Abbas bin Ubbadah bin Nadhlah: “Adakah kamu mengetahui untuk apa kamu berbaiah dengan lelaki ini?” Jawab mereka: “Ya”, katanya lagi: “Sesungguhnya kamu berbaiah dengan beliau untuk memerangi manusia-manusia samada yang berkulit merah atau yang berkulit hitam, sekiranya dalam perjuangan ini harta kamu kehabisan, pembesar-pembesar kamu habis mati di masa itu kamu akan serahkan lelaki ini, maka dari sekarang ini tak usah kamu berbaiah, kerana demi Allah ini adalah sebesar-besar malu di dunia dan di akhirat, tetapi sekiranya kamu berupaya menunaikan janji kamu itu kepadanya tepat seperti mana kamu suarakan itu, hingga walau pun kamu kehabisan harta dan kehilangan pembesar-pembesar kamu, maka terimalah beliau ini, kerana itu adalah kemuliaan di dunia dan di akhirat”.
Jawab mereka semua: “Sesungguhnya kami akan menerima beliau dengan kerelaan hati menerima risiko kehilangan harta benda dan kematian tokoh pemimpin kami, dan sekiranya demikian maka apakah balasannya wahai Rasulullah?” Jawab baginda: “Syurgalah balasannya”. Kata mereka: “Ayuh hulurkan tangan mu”, maka baginda pun menghulurkan tangannya dan mereka semua berbaiah.
Manakala didalam riwayat Jabir, beliau berkata: Maka kami semua bangun dan berbaiah dengan baginda, pada mulanya As’ad bin Zurarah orang yang termuda di kalangan yang berusia tujuh puluh tahun berucap dengan katanya: “Wahai ahli Yathrib, sebenarnya kita tidak bersusah payah datang kemari melainkan kerana kita tahu baginda ini adalah Rasul utusan Allah, tindakan kita membawa baginda keluar dari Makkah bererti kita bertindak memufaraqahkan(memisahkan) seluruh bangsa Arab, mendedahkan pembesar-pembesar kita menjadi sasaran pembunuhan malahan kamu sendiri menjadi mangsa kepada pedang-pedang musuh, sekiranya kamu boleh bertahan dan bersabar maka terimalah baginda ini sebagai sebahagian dari darah daging kamu, ganjarannya adalah Allah yang menentukannya, tetapi sekiranya kamu sayangkan diri kamu, maka tinggalkanlah Baginda di sini kerana mungkin takut dan sayangkan diri kamu itu lebih beralasan lagi untuk kamu berhadapan dengan Allah.”
PENGIKATAN BAIAH
Setelah persetujuan dicapai dengan semua agenda baiah dan setelah penegasan dibuat maka pengikatan baiah pun dimeteraikan melalui berjabat tangan dengan Rasulullah. Di sini kata Jabir selepas menaqalkan(memetik) kata-kata As’ad bin Zurarah tadi: Maka hadirin pun berkata: “Wahai As’ad hulurkan tangan kau, demi Allah kami tidak akan biarkan baiah ini sia-sia atau dipercumakannya”.
Di saat ini A’sad pun dapat memastikan peri persediaan kaumnya untuk berkorban kejalan Allah, dengan ini maka As’ad terlantik sebagai pendakwah agung yang kemudian bergerak bersama-sama Mus’ab bin Umair, secara tabieinya beliau terlantik sebagai ketua agama untuk golongan yang berbaiah tadi di mana beliaulah orang pertama yang memberi baiah kepada Rasulullah. Tambahan Ibu Ishak lagi: Banu al-Najar menganggapkan Abu Umamah, As’ad bin Zurarah sebagai orang pertama yang meletakkan tangannya ke tangan Rasulullah.
Dengan itu maka baiah umum pun berjalan lancar. Kata Jabir: Setelah itu maka seluruh kami bangun seorang demi seorang memeterai baiahnya dengan Rasulullah dan baginda menjaminkan kami syurga Allah. Adapun baiah kaum wanita yang dimeteraikan di dalam kedua-duanya adalah melalui lafaz akad baiah sahaja tanpa baginda berjabat tangan dengan mana-mana perempuan ajnabi.
PERLANTIKAN DUA BELAS ORANG SEBAGAI NAQIB
Setelah proses baiah selesai dilaksanakan, Rasulullah (s.a.w) meminta supaya dipilih dua belas orang pemimpin sebagai naqib kepada kaum mereka, bakal bertanggungjawab bagi pihak mereka semua di dalam rangka usaha merealisasikan seluruh agenda baiah itu, seru baginda: “Ayuh kemukakan dua belas orang sebagai naqib untuk pimpinan kepada kaumnya. Pemilihan pun dibuat dengan segera, yang terdiri dari al-Khazraj sembilan orang, dan tiga dari al-Aws mereka itu adalah:
Naqib-nabib kepada al-Khazraj
1. As’ad bin Zurarah bin Ads
2. Sa’d bin al-Rabi’ bin Amru
3. Abdullah bin Rawahah bin Tha’labah.
4. Rafi bin Malik bin al-Ajlan
5. Al-Bara’ bin Marur bin Sakhr
6. Abdullah bin Amru bin Hiram
7. Ubadah bin al-Samit bin Qais
8. Sa’d bin Ubbadah bin Dulaim
9. Al-Munzir bin Amru bin Khanis
Naqib-naqib kepada al-Aws
1. Usaid bin Hudhair bin Simak
2. Sa’d bin Khaithamah bin al-Harith
3. Rifa’ah bin Abd al-Munzir bin Zubair
Dengan itu Rasulullah menegaskan kepada mereka dengan sabdanya: “Kamu semua adalah penjamin sebagaimana golongan al-Hawariyun adalah penjamin kepada Isa bin Mariam dan aku adalah penjamin kepada umat ku” Jawab mereka sebulat suara dengan lafaz; “Ya”.
SYAITAN MEMBONGKAR PERJANJIAN RASULULLAH
Sebaik sahaja proses pemeteraian perjanjian dan semua peserta hampir beredar dari majlis, salah seekor syaitan telah menjumpai mereka, namun terbongkarnya pertemuan itu adalah di saat-saat terakhir, agak terlewat baginya untuk memaklumkan kepada pihak pemimpin Quraisy akan rahsia pertemuan sulit ini. Agar pihak Quraisy menyerempak mereka, walau macamana sekalipun syaitan tadi naik ke atas tanah tinggi dan melaung selantang suaranya yang dapat didengar: “Wahai penduduk al-Akhasyib, kamu tahu tak Muhammad dan orang-orangnya ini? Mereka telah berjanji setia untuk memerangi kamu”. Kata Rasulullah : “Itu dia syaitan al-”Aqabah, demi Allah wahai seteru Allah sepenuh masa akan ku perangi kau,” dengan itu para peserta bersurai pulang ke tempat masing-masing.
KESEDIAAN AL-AMSAR UNTUK MEMERANGI QURAISY
Semasa hadirin mendengar suara syaitan itu terus al-Abbas bin Ubadah bin Nadhlah menyeru kepada Rasulullah: “Demi Dia Tuhan yang mengutuskan kau dengan kebenaran sekiranya tuan hamba mahu, esok hari akan kami serang pihak Quraisy dengan pedang kami ini”. Jawab Rasulullah: “Kita belum diperintah lagi untuk bertindak demikian, tetapi pulanglah ke tempat kamu”. Dengan itu mereka semua pun pulang ke tempat masing-masing dan terus tidur hingga ke subuh hari.
QURAISY MEGEMUKAKAN BANTAHAN KEPADA PEMIMPIN YATHRIB
Bila mana berita perjanjian ini sampai ke pengetahuan Quraisy timbullah rasa rimas, kebimbangan, dan kekesalan, kerana mereka sudah menduga sedalam-dalamnya kesan baiah seperti ini, juga pengaruhnya ke atas harta benda malah nyawa mereka, bila menjelang siang terus diutuskan perwakilan yang ramai terdiri dari pemuka-pemuka dan kepala samsengnya ke perkhemahan penduduk Yathrib, untuk mengemukakan bantahan mereka yang amat sangat terhadap perjanjian itu, kata mereka: “Wahai kalian al-Khazraj, sebenarnya sudah sampai ke pengetahuan kami, di mana kamu datang menemui saudara kami itu, dengan hasrat kamu untuk membawanya keluar dari pangkuan kami, malah kami sudah berjanji setia untuk memerangi kamu, demi Allah sesungguhnya tidak satu qabilah Arab pun yang senang untuk menyaksi peperangan timbul di antara kami dan mereka, di mana kamu sebahagian darinya”.
Oleh kerana pihak musyirikin Yathrib tidak tahu langsung dengan segala apa yang berlaku di antara Rasulullah dan kaum Muslimin Yathrib, yang bersama-sama mereka dalam jamaah haji itu, lantaran itulah maka mereka berani bersumpah, untuk menegaskan kapada Quraisy, bahawa apa yang mereka tuduh itu sama sekali tidak berlaku, oleh itu mereka berjumpa dengan Abdullah bin Ubai bin Salul, di mana beliau menegaskan: “Ini semua adalah palsu belaka, tidak munasabah perkara ini berlaku dan tidak munasabah kaumku boleh bertindak dengan berbuat demikian, kalau aku di Yathrib mereka tidak akan bertindak sesuatu, kecuali setelah mengambil pendapatku”.
Manakala kaum muslimin masing-masing memerhati satu sama lain, bertindak berdiam diri, seorang pun tidak bersuara, mengiya pun tidak menafikan pun tidak.Dengan itu pihak Quraisy lebih condong untuk menerima penegasan pihak musyrikin Yathrib, dan pulang membawa seribu kegagalan.
KEPASTIAN BERITA OLEH PIHAK QURAISY DAN PEMBURUAN MEREKA YANG BERBAIAH
Pemimpin Quraisy pulang ke Makkah dengan kepercayaan hampir yakin mengenai perkhabaran yang didustakan itu, namun mereka masih menggali dan mencari kesahihan berita berkenaan, akhirnya mereka memastikan kebenaran berita itu, memang baiah berlaku sebenarnya, itupun setelah jamaah haji pulang ke tanah air masing-masing, dengan itu cepat-cepat wira-wira penunggang kuda Quraisy memburu golongan Yathrib, malangnya masanya sudah terlewat, namun sempat juga mereka melihat Sa’d bin ‘Ubbadah dan al-Munzir bin Amru, lalu mereka memburu kedua-dua orang ini, al-Munzir sempat melepaskan dirinya tetapi Sa’d tidak sempat, pihak Quraisy menangkap serta memberkas tangannya dengan tali ke kekang tunggangannya, apa lagi mereka mengerjakan terhadap Sa’d menyeret-nyeretnya, menarik-narik rambutnya, hinggalah mereka membawa masuk semula ke Makkah, namun bila al-Mut’am bin ‘Adi dan al-Harith bin Harb bin Umaiyah mendapati Sa’d dalam keadaan begini mereka berdua berusaha membebaskan serta merongkai ikatan di tangannya, ini adalah kerana Sa’d memberi perlindungan kepada Qafilah mereka yang melalui Yathrib. Bila hal ini diketahui oleh pihak Ansar maka mereka bersetuju untuk mengembalikannya dengan selamatnya, dalam keadaan sedemikian tiba-tiba muncul Said dihadapan mereka, maka mereka pun meneruskan perjalanan ke Yathrib.
Inilah dia Baiah al-’Aqabah yang kedua yang dikenali sebagai Baiah al-Aqabah al-Kubra, penyelenggaraannya berjalan dalam suasana kemesraan, persaudaraan dan roh bantu membantu di antara jiwa-jiwa mukmin yang masih berselerak, namun kepercayaan di antara satu sama lain amat padu sekali, keberanian luar biasa, pengorbanan tanpa batasan untuk ke jalan Allah, mukmin dari ahli Yathrib mencintai saudaranya yang lemah dari penduduk Makkah, penuh simpati terhadap saudaranya, memarahi orang yang menzalimi, jiwanya bergelora dengan kasih sayang terhadap saudaranya yang sebelum ini menyanyangi mereka di sebalik tabir ghaib, semuanya kerana Allah.
Perasaan dan syuur seumpama ini bukanlah luapan seketika, tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas, lantaran ianya bersumberkan keimanan kepada Allah, Rasul dan kitabNya, keimanan yang tidak mungkin dipudarkan oleh mana-mana kekuatan penganiayaan yang jahanam, keimanan yang apabila roh dan semangatnya bertiup, tidak ada tenaga yang mampu menghalangnya, malah di ketika itu ianya mampu melakukan keajaiban-keajaiban. Dengan keimanan ini kaum muslimin mampu merakamkan kerja-kerja dan warisan-warisan di samping lembaran sejarah, kekal abadi memberi contoh kepada masa-masa bakal mendatang.

Pesanan Imam Hassan Al-Banna

IMAM Hassan al-Banna dilahirkan pada Oktober 1906 di sebuah desa al-Mahmudiyyah dalam al-Bahriyyah, Iskandariah, Mesir. Beliau berasal dari sebuah perkampungan petani yang terkenal oleh ketaatan ajaran dan nilai Islam. Keluarganya juga ulama yang dihormati. Bapanya, Sheikh Ahmad bin Abdul Rahman al-Banna adalah seorang ulama, imam, guru dan seorang pengarang terkenal.

Imam Hassan al-Banna menjadi pemimpin dan pengasas gerakan Ikhwan Muslimin yang dihormati. Melalui kepemimpinan dan didikannya, Ikhwan Muslimin menjadi penggerak kebangkitan semula Islam abad ini. Antara wasiat beliau yang terkenal ialah:


• Apabila mendengar azan, maka bangunlah solat serta-merta walau dalam keadaan apa sekali pun.

• Bacalah al-Quran, tatapilah buku ilmu, pergilah ke majlis ilmu, dan amalkan zikrullah serta jangan membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.

• Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.

• Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekali pun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa kebaikan.

• Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

• Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

• Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah perkara yang sia-sia, malah menyakiti hati orang.

• Jauhilah daripada mengumpat peribadi orang dan janganlah bercakap melainkan yang memberi kebajikan.

• Berkenal-kenalan dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.

• Kewajipan lebih banyak daripada masa yang ada pada kita. Oleh itu, gunakan masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskan pelaksanaannya
.

Friday, February 4, 2011

-cInTa pAda kU-

Hari nie, ingin skali ak katakan soal cinta…apa 2 cinta..?bila sbut je cinta, rmai org akn dpt gmbrn msing2..de yg bygkn keindahan, kesedihan, kegembiraan, terbang cam burung merpati sejoli..Wah!! bnyk pndngn tntng cinta nie sbnrnye…nmun, bile ditanya tntang makna cinta yg sbnr, jawapan yg diberikan msti ia brkaitan ngn rasa dihati…kita susah utk jumpa persamaan bg mkna cinta pd org yg berlainan..btul kn..?kn..?kn..??huhu


Pd ak, cinta 2 de la satu perkara yg xblh dijelaskn dgn kata2,xblh ditafsirkan dgn pena, juga x blh digambarkan dengan gaya, mahupon setiap gerak geri kita…Ia hanya blh dirasa melalui hati… bagaimana ia dtg dan bagaimana pula ia pergi, akn mmpngaruhi mkne cinta i2 dlm diri kite..

Pernah kah kalian menyintai seseorng, dimana bile ditanya mngapa kita mncintai die, kite tdk ade 1 alasan pon utk menjawab nye..?kte xde sbb utk menyintai nye..?tp yg pasti, kite sgt2 menyintai nye…

Pd ak, ini lah cinta sebenar…kerana cinta dgn “sbb”..”sbb” i2 akn pudar..cinta krne kecantikan, kecantikan akn ilang…cinta krne prngai, prngai i2 blh dibentuk, cinta krne nafsu, nafsu i2 akn kurang..cinta krne harta, harta i2 akn habis…jadi, krne pe kita cinta kan die..? kte sndiri xtaw jawapanya..ape yg pasti..”ak cinta kamu kerana Allah timbulkan dlm hatiku rasa kasih padamu,Allah liputi kasih i2 dgn rasa sayang pdmu, lalu rasa i2 telah menebal sehingga ia digelar kan cinta(satu rasa yg xmampu diungkapkan dgn jelas)..”maka aku luahkan pd mu dgn harapan yg sama,smoga engkau juga merasa apa yg aku rasai..namun i2 tdk mudah…tdk semua yang kita ingin kan i2 akan kita kecapi…benar kata2 org Arifbillah “utk kita jatuh cinta pada org itu mudah,dan utk org mencintai kita itu juga mudah, tp utk kita dicintai oleh orang yang kita cintai i2 yang susah..”

Cinta blh di katekn sa2 msalah yg sgt besar n rumit….ia jd pd org miskin,mahupon org kaye..jd pd org tername ataupon tdk…cinta itu sgt rumit, bahkan blh dikatakan sgt membahayakan sehingga keluarnya satu kenyataan dimana ia berbunyi “Cinta adalah satu sumpahan..Pembunuhan yang pertama berlaku di atas muka bumi adalah kerana cinta, sumpahan cinta tdk memandang sesiapa, pangkat, mahupon harta..jadi usah terkejut jika berlaku pd dirimu,anak2 mu, bahkan sesiapa sahaja yang berada di sekeliling mu..”..sprt yg kita ketahui, pembunuhan yg pertama dilakukan adalah dikalangan anak Nabi Adam a.s. atas dasar cinta…bahkan cinta ini ia x kire pngkat mahupon harta…kata Saidina Ali r.a. “seandainya harta kekayaan tdk boleh membeli kesihatan, tdk blh membeli umur kehidupan, juga tdk blh membeli rasa cinta, maka jelaslah bahawa penyakit yang ditimpa kan kepada orang kaya adalah sama dgn penyakit yg ditimpa kn kpd org miskin…”harta bukanlah segala2 nye..waalaupon nyata sgale2 nye mmrlukan harta(wang)..

Jadi disini…cinta yg awalnye kpd Allah, dan akhir nye juga kpd Allah..adalah cinta yg mutlak..bkn saja didunia, bahkan ia membawa kpd akhirat..nescaya kita akan diberikan ketenangan oleh Allah…cinta lah seseorang kerana Allah…dan cinta lah Allah & rasul-Nye sblum kmu cintai Makhluk-Nye…krne Allah adalah Maha Pencinta & Maha Pencipta…Dia lah yang menciptakan cinta…Maka cintailah Dia yg menciptakan rasa cinta i2, dan selepas itu brulah kmu mncintai sesame kamu kerana-Nye..Kata2 org Arifbillah, “hulur la cinta mu kerana Allah, dan tarik lah cintamu kerana Allah,Nescaya kamu tdk akan merasa kekecewaan..” ini kerana bila kamu serahkan segala2-Nye kpd Allah dan berserah sepenuhnye kpd Takdir-Nye setelah berusaha…Maka InsyaALLAH kamu boleh terima sepenuh nye dari keputusan-Nye dengan ketenangan…INSYAALLAH..


5 february 2011




Thursday, February 3, 2011

-Cinta itu Halal atau Haram..???-

SEORANG ulama pernah ditanya soalan iaitu, "Apakah cinta itu halal atau haram? Lalu ulama itu menjawab: "Cinta yang halal itu halal dan cinta yang haram itu haram."

Ia adalah jawapan yang didasari sebuah hadis yang masyhur iaitu, "Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas meskipun di antara keduanya itu ada perkara-perkara yang samar-samar yang banyak orang yang tidak mengetahuinya." (Riwayat Muslim no.4178)

Di antara perkara yang jelas halalnya iaitu seorang suami menyintai isterinya atau isterinya menyintai suaminya dan lelaki yang menyintai wanita pinangannya juga wanita yang dipinang menyintai lelaki yang meminangnya.

Dan di antara perkara yang jelas haramnya iaitu seorang lelaki menyintai perempuan yang bersuami, lalu lelaki itu hatinya asyik memikirkan wanita berkenaan. Hal itu boleh membawa kerosakan rumah tangganya dan kadang-kadang ia boleh menyebabkan terjadinya pengkhianatan suami isteri. 

Perkara itu juga, kadang-kadang boleh menimbulkan kekecohan dalam kehidupan wanita itu, menyebabkan fikirannya berserabut, mengganggu hati perasaannya serta menghilangkan ketenangan hidup berumahtangga. Kelakuan lelaki itu dikira berdosa. Dalam sebuah hadis riwayat Abu Daud, daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW mengancam orang yang bersikap demikian dengan bersabda, "Bukan dari golongan kami orang yang merosakkan hubungan seorang wanita dengan suaminya." (Riwayat Abu Daud no.2177)

Contoh yang lain iaitu, wanita menaruh cinta kepada lelaki lain yang bukan suaminya. Ia sering terkenang dan sibuk memikirkannya. Sehinggakan sanggup berpaling atau tidak mempedulikan suaminya. Kadang-kadang mendorongnya untuk melakukan hal-hal yang lebih besar yang tidak dihalalkan syarak iaitu berzina dan seumpamanya.

Mungkin juga kalau tak berlaku demikian, ia boleh menggoncangkan hati dan jiwa sehingga mengeruhkan hubungan suami isteri. Sikap-sikap sedemikian sebenarnya tiada nilai sama sekali melainkan ia semata-mata mengikut keinginan hawa nafsu, sedangkan hawa nafsu adalah seburuk-buruk yang disembah di muka bumi.

Mereka Yakin Dengan Tuhan Mereka

Yakinkah kita dengan segala janji tuhan buat kita??
Sejauh manakah kita percaya pada segala peringatan dari tuhan buat kita??
Ayuh kita menyelam kedalam lautan hadis yang diriwayatkan oleh imam al-Bukhari..

Dalam bab ‘kafalah’ meriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiyallahu’anhu, daripada Rasullullah S.A.W. bahawa beliau menyebut seorang lelaki daripada Bani Israil. Dia memohon kepada seseorang untuk memimjamkan wang sebanyak seribu dinar kepadanya, maka orang itu berkata.

“Hadirkanlah seseorang yang dapat menjaminya untukku”.
Maka lelaki tersebut berkata: “Cukuplah Allah yang menjadi penjaminya.”

Dia berkata “Kamu benar”.
Lalu diapun memberikan wang tersebut kepaanya sehingga tiba waktu yang sudah ditentukan. Lalu dia keluar ke laut untuk menunaikan tugasnya, kemudian dia mencari kafilah perahu yang akan dikenderainya supaya dia membayar hutangnya yang telah sampai tempoh pembayaranya.


Tetapi dia tidak menemui perahu yang akan berangkat bersamanya,maka diapun mengambil kayu lalu melubanginya dan memasukkan wang sebesar seribu dinar dan menulis surat darinya untuk pemilik wang tersebut kedalam kayu itu, kemudian dia menampal dan menutup kembali kayu tersebut, baru dia membawanya kelaut dan menghanyautkannya seraya berdoa


“Ya Allah, sesungguhnya Engkau mengetahui bahawa aku telah berhutang kepada si fulan sebanyak seribu dinar, dia bertanya seseorang yang akan menjaminnya, diapun rela denganMu.”


Dia bertanya tentang seorang saksi, saya berkata “Cukuplah Allah sebagai saksi,” diapun rela denganMu.


" Sesungguhnya aku sudah berusaha untuk mencari perahu kapalnya supaya saya dapat mengembalikan haknya kepadanya, tetapi, saya tidak mendapatkannya, maka saya pun menitipkannya kepadaMu.”


Maka diapun melemparkannya kelaut,lalu dia beranjak pulang. Namun demikian dia tetap sahaja menunggu kapal yang akan belayar dari negerinya menuju negeri si pemilik wang tersebut.


Sementara dikejauhan sana, si pemilik wang keluar untuk melihat-lihat, semoga ada perahu yang membawakan wangnya, tiba-tiba dia melihat sebilah kayu yang terapung, lalu mengambil kayu tersebut (yang ternyata di dalamnya berisi wang) untuk dijadikan kayu bakar bagi keluarganya, maka ketika dia membelahnya dia mendapati wang dan secarik surat terselit di dalam kayu itu.


Kemudian datanglah orang yang meminjam seribu dinar tersebut dan memberikanya wang itu lagi, lalu dia berkata:

“ demi Allah, saya selalu berusaha untuk mencari perahunya supaya saya dapat membayar hutang saya kepadamu, tetapi saya tidak memperoleh perahu”.


Orang itu berkata “Bukankah kamu telah mengirimkan sesuatu kepadaku?”


Lelaki itu menjawab “Saya memberitahu anda bahawa saya tidak memperolehi perahu untuk pergi berjumpa anda.”


Maka orang itu berkata : “Sesungguhnya Allah telah melunaskan hutangmu melalui wang yang kamu kirimkan melalui kayu itu.” Maka lelaki itu beranjak dengan membawa wang seribu dinar itu kembali dengan penuh kegembiraan.


(Al-Bukhari no 2291 dan Ahmad no 8381)


Begitulah yakinnya mereka pada tuhan mereka...

Bagimanakah kita???

(Tepuk dada..... tanyalah pada hati kita..........)


… "maka Allah adalah sebaik-baik Penjaga dan Dia adalah Maha Penyayang diantara para penyayang" (yusuf:64)

KeNali DiRi kItA..

1.SIAPAKAH AKU SEBENARNYA?

30.” Dan (kenangilah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: “sesungguhnya Aku hendak melantik khalifah di muka bumi.” (al-Baqarah)

2. BAGAIMANA AKU HENDAK JADI SEORANG KHALIFAH?

Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu ( wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka; khalifah-khalifah yang berkuasa; dan ia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka;(an-Noor-55)

3. KENAPA AKU DICIPTAKAN?

56.”Aku tidak menjadikan jin dan manusia kecuali supaya mereka menyembah dan beribadat kepadaKu” (adz-Dzaariyat)

115-116.” Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu untuk bermain-main (sahaja) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami, maka Maha Suci Allah raja yang sebenarnya tiada Tuhan selain Dia, Tuhan(yang mempunyai) arasy yang mulia” (al-Mukminun)

4. APAKAH TUJUAN HIDUPKU?

“Katakanlah: solatku, pengorbananku, hidupku dan matiku adalah untuk Tuhan Semesta Alam” (al-An’am)

5. APAKAH ITU KEBENARAN?

30. “Yang demikian ialah kerana Allah itulah yang benar(al-Haq) dan segala apa yang mereka sembah selain dariNya itulah yang palsu dan Allah itulah Tuhan Yang Maha Tinggi dan Maha Besar” (Luqman)

6. KALAU BETULLAH ITU KEBENARAN…KENAPA AKU TIDAK NAMPAK KEBENARAN?

9. Dan Kami jadikan (sifat tamak dan gila mereka kepada harta benda dan pangkat itu sebagai) sekatan (yang menghalang mereka daripada memandang kepada keburukan dan kesingkatan masa dunia yang ada) di hadapan mereka, dan sekatan (yang menghalang mereka daripada memikirkan azab yang ada) di belakang mereka ( pada hari kiamat). Lalu Kami tutup pandangan mereka; maka dengan itu,, mereka tidak dapat melihat (jalan yang benar). (Yaasin)

7. AKU INGIN MENJADI ORANG YANG BERJAYA…..TAPI…SIAPAKAH YANG SEBENAR-BENARNYA BERJAYA?

“Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya, Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;” (al-Mukminun)

102. Maka sesiapa yang berat timbangan amal baiknya, maka mereka itulah orang-orang yang berjaya.

71.Dan (ingatlah) sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan (al-Ahzab)

8. OK..KALAU BEGITULAH CARANYA UTK MENJADI ORANG BERJAYA, APA YANG PATUT AKU BUAT?

“Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu kedalam agama Islam itu sepenuhnya.” (al-Baqarah)

9. KENAPA AKU MASIH RAGU-RAGU DENGAN AYAT2 ALLAH?—(setiap baris ayat Al-Quran wajib diterima dan diamalkan sebagai seorang muslim.)

2. “Diturunkan al-Quran ini, dengan tidak ada sebarang syak padanya, dari Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam. (al-Mukminun)

10. TAPI, KADANG-KADANG AYAT2 ALLAH TIDAK MEMENUHI KEMAHUANKU.JADI, CAMNE TU?

29. “Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah” (at-Taqwir)

216.” Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan kamu mungkin sukakan sesuatu, sedangkan ia lebih buruk kepada kamu. Dan hanya Allah yang mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (al-Baqarah)

11. AKU BANYAK MENJADIKAN HIBURAN YANG MELALAIKAN SEBAGAI PENGHIBUR HATIKU, MEMBUATKAN HATIKU GEMBIRA DAN TENANG.

28.(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah, Ketahuilah dengan ‘zikrullah’ itu, tenang tenteramlah hati manusia.â€(Ar-Rad)

” Dan barangsiapa yang berpaling dari mengingati AllahYang Maha Pemurah, Kami adakan baginya syaitan (ygMenyesatkannya) maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya” (az-Zukhruff:36)

12. AKU JUGA MENGAMALKAN APA YANG DISURUH, TAPI AKU JUGA CENDERUNG MEMBUAT MAKSIAT.

71. Jika kebenaran itu mengikut hawa nafsu mereka nescaya musnahlah langit dan bumi dan penghuni-penghuninya. ( Al- Mukminun )

42. “Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.” (at-taubah)

13. AKU MEMPUNYAI MINDSET BAHAWA UTK MENGAMALKAN ISLAM SEPENUHNYA, HIDUPKU MUNGKIN TIDAK ‘HAPPENING’ DAN MENYUSAHKAN.

2-3. “Kami tidak turunkan al-Quran ini kepadamu agar kamu menjadi susah, tetapi bagi peringatan bagi orng yang takut(pada Allah) (Thahaa)

82. “Dan Kami turunkan dari al-Quran itu sesuatu yang menjadi rahmat kepada orang-orang yangberiman”(al-Isra’)

14. GEMBIRAKAH AKU JIKA AKU MENJADI ORANG YANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH?

139. “Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah(pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang-orang yang beriman”(ali-Imran)